Biodata Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 30 Jun 1984 (31 tahun) di Johor Bahru, Johor) merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan putera kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail


Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak yang sebelumnya, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datukdanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).Tunku Ismail naik pangkat sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.

Johor Darul Takzim FC


Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional.

Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.

Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.
0 Komentar untuk "Biodata Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail"

Back To Top