Biodata Mohd Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Malaysia

Mohd Safiq "Copot" Rahim (lahir pada 5 Julai, 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Johor Darul Takzim FC. Dia merupakan pemain pasukan kebangsaan Malaysia.

Safiq merupakan bekas pemain KL PLUS. Dia merupakan penjaring gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Presiden Malaysia 2007-08 menentang Perak.

 Biodata Mohd Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Malaysia


Biodata Mohd Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Malaysia
 Mohd Safiq Rahim

Safiq mewakili Malaysia dari setiap peringkat. Dia mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia ke Piala Belia Asia 2006. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 di Doha. Safiq membuat penampilan sulung bersama pasukan utama pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007 ketika menentang Myanmar. Selepas itu, dia hanya bermain untuk pasukan bawah 23 tahun.

Kerjaya

Penglibatan awal

Safiq memulakan karier sebagai pemain untuk pasukan selangor dalam kejohanan Piala Presiden 2007,di mana ketika itu selangor muncul juara menewaskan perak di final dengan keputusan 1-0
Selangor (2007)

Safiq diserap masuk ke skuad senior selangor di liga super pada tahun 2007 . Namun kegagalannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk skuad senior selangor yang ketika itu dibimbing bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan berstatus kelab KL PLUS

KL PLUS (2008)

Ketika bersama Pasukan KL PLUS , safiq mempamerkan persembahan yang konsisten bersama skuad yang digelar Highway Worriers meskipun hanya menjaringkan 2 gol dalam 19 penampilan pada keseluruhan musim itu.

Selangor (2009-2012)

Setelah hampir semusim bersama skuad KL PLUS , Safiq kembali ke pangkuan skuad selangor yang baru di bimbing K.Devan yang mengambil alih jawatan jurulatih daripada Dollah Salleh pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim , diikut Liga Super dan Piala Fa , keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Pada musim 2010 , Skuad selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas,apabila menjuarai ia sekali lagi.Namun pada musim 2011 dan 2012 skuad selangor kemarau trofi apabila tiada sebarang trofi dijulang untuk dua musim itu.Pada november 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (Sekarang dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013.Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim

Johor Darul Takzim (2013-Kini)

Pada musim pertama Safiq bersama Skuad Johor Darul Takzim , Skuad yang digelar harimau selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala Fa namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 di final.Musim 2014 ,Skuad Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super dan Hanya mara ke separuh akhir Piala Fa serta Naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pada musim 2015 , Skuad Johor Darul Takzim bermula baik apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0. Rentak cemerlang Johor Darul Takzim diteruskan dengan memenangi Liga Super 2015 yang merupakan kejuaraan berturut daripada 2014. Selain itu, Johor Darul Takzim juga memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Kerjaya antarabangsa
 
Malaysia Bawah 20 Tahun

Mula mewakili malaysia bawah 20 tahun ke Piala Belia Asia 2006 di India
 
Malaysia Bawah 23 Tahun

Safiq mula mewakili malaysia bawah 23 tahun ke Sukan Sea 2007 ,Ketika itu malaysia gagal ke suku akhir apabila gagal melepasi peringkat kumpulan.Keajaiban berlaku apabila penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea berakhir apabila Skuad kendalian K.Rajagopal berjaya menggapai ibu segala pingat emas selepas menundukkan Vietnam dengan keputusan tipis 1-0 di Sukan Sea Vientiane pada tahun 2009

Pasukan Senior

Safiq menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Laos 4-1 dalam Piala AFF Suzuki 2012. Dalam Piala AFF Suzuki 2014, Safiq meledak gol sulungnya ketika tewas 2-3 kepada Thailand. Safiq meledak satu gol ketika menewaskan Singapura 3-1 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Safiq menjaringkan satu lagi gol ketika tewas kepada Vietnam 1-2. Safiq sekali lagi menjaringkan satu gol bagi menewaskan Vietnam 4-2 untuk ke perlawanan akhir. Safiq meledak 2 gol ketika tewas ditangan Thailand secara agregat 4-2 di perlawanan akhir. Safiq dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 6 gol.
1 Komentar untuk "Biodata Mohd Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Malaysia"

Back To Top