Biodata Janna Nick

Janna Nick dilahirkan pada 1 Jun 1995 sebagai Nurul Jannah binti Muner di Sungai Petani, Kedah, berdasarkan daripada dokumen kelahirannya dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, Nurul Balqish binti Muner.

Biodata Janna Nick

 

Biodata Janna Nick
Janna Nick


Kerjaya

Lakonan

Ketika memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Janna Nick memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, bersama-sama dengan Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia disiarkan di TV2.

Antara tahun 2013 dan 2014, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Jodoh, Aku Bukan Orang Gaji dan Syurga di Wajahmu.

Pada 2015, namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama pelakon Amar Asyraf menerusi siri drama Syurga Nur, yang mana beliau memegang watak utama sebagai Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia.

Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Keluarga Karaoke, Bila Cinta Berbunga, Hidayahmu Ramadhan, Abang Sado Jemur Kain dan sebagainya.

Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita, beliau bergandingan bersama Syarul Ridzwan dan ia disiarkan di TV3 menerusi Slot Lestary. Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.

Pada 2016, beliau berlakon dalam drama Anakku Diva di TV3 dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, beliau bergandingan bersama Shukri Yahaya dan memegang watak sebagai Ain Syifa. Beliau juga melibatkan diri dalam pementasan teater apabila membintangi teater yang bertajuk Zombie La La La, beliau memegang watak sebagai Me Mang Nak.

Nyanyian

Selain menjadi pelakon, Janna Nick melebarkan sayapnya pula ke bidang seni suara tanah air, apabila beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk, “Mungkin Saja” pada Januari 2016, lagu yang berentak rancak ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records.

Beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya.
0 Komentar untuk "Biodata Janna Nick"

Back To Top