Biodata Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Yang Amat Muila Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 8 April 1986 (30 tahun))merupakan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School Singapore. Hasilnya, beliau telah mendapat lulusan “Higher School Certificate”. Selain itu, beliau juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat ibunya yang suka melukis.

Biodata Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
 Tunku Aminah Maimunah Iskandariah


Penglibatan dalam bidang perniagaan

Beliau juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” adalah berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh beliau sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu
1 Komentar untuk "Biodata Tunku Aminah Maimunah Iskandariah"

Casino Near Reno, Nevada - Mapyro
Find your 세종특별자치 출장샵 way around the casino, find your pick and choose the best 통영 출장안마 option, get in on the action and 충청남도 출장샵 play for free. 강원도 출장마사지 We have a 양산 출장안마 huge variety of games,

Back To Top