Biodata Syarul Ridzwan

Syarul Ridzwan dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat, Kelantan. Beliau berkelulusan Diploma dalam Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.

Biodata Syarul Ridzwan 


Biodata Syarul Ridzwan
Syarul Ridzwan


Kerjaya

Syarul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Syarul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Populariti Syarul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di twitter hampir setiap hari.

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.

Syarul akan muncul dengan drama baharu iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang bakal menemui peminat sekitar bulan Ramadhan tahun 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya pada Aidilfitri 2016.

Beliau kali pertama muncul drama dan filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli & Hantu Rumah Sakit Jiwa watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey & Fizz Fairuz bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
0 Komentar untuk "Biodata Syarul Ridzwan "

Back To Top