Biodata Mira Filzah

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman (lahir pada 2 April 1993) merupakan seorang peragawati, usahawan dan pelakon di Malaysia. Beliau berasal dari Bangi, Selangor. Gadis kelahiran Negeri Perak ini merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Beliau yang baru memasuki usia 23 tahun merupakan seorang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, Mira Filzah juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya. Bukan hanya itu, beliau juga bakal merasmikan koleksi tudung brandnya sendiri, MF SHAWLS. Pelakon cantik manis ini sudah mempunyai kelab peminat rasminya di laman sesawang Instagram iaitu MIRACLES.FC.

Biodata Mira Filzah
Mira Filzah

 Biodata Mira Filzah


Kerjaya

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, sebelum beralih pada bidang lakonan pula. Drama televisyen pertamanya merupakan Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas 'senyap' dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara [2], Mira Filzah tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak Mira sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Penampilan muslimah dan wajah yang cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya mendapat peminat yang ramai di mana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air. Jelasnya dalam sebuah interview, gadis muslimah ini tidak menerima sebarang tawaran berlakon yang memerlukan watak lelaki dan perempuan bersentuhan. Katanya lagi, penampilan bertudung perlulah seiring dengan sikap. Apa yang dilarang oleh agama seharusnya dielakkan seboleh-bolehnya agar dapat menjaga maruah diri dan keluarganya.

Tawaran yang datang selepas dia membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telemovie selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telemovie Abang Haji di Tv3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu apatah lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai.

Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton telemovie tersebut memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Tidak sampai setahun melibatkan diri dalam industri hiburan Malaysia, nama beliau sudah cukup dikenali di kalangan peminat yang majoritinya lelaki.

Tidak dinafikan lagi, pelakon baharu cantik ini mula dikenali dan menjadi viral di laman sesawang Facebook kerana memperagakan uniform rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telemovie baharunya iaitu Din Sardin (2015). Jelas beliau, berita tentang gambarnya yang viral di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali di mata masyarakat.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit baginya tidak disia-siakan untuk menerajui sebuah drama yang sedang hangat dan menjadi perbualan peminat, Cinta Si Wedding Planner(2016) yang bersiaran di Tv3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 sehingga 8 malam. Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan pelakon baharu ini bersama aktor hebat dan ternama Malaysia, Adi Putra sebagai hero dan heroin drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat feedback positif daripada rata-rata peminat. Drama ini dikatakan sebagai contoh dan tauladan kepada drama lain di Malaysia kerana dapat menonjolkan aura romantik walaupun tidak memerlukan adengan bersentuhan. Walaupun belum habis ditayangkan, dikatakan drama ini akan menyambung telemovie pada Hari Raya Tahun 2016, Cinta Si Wedding Planner Raya.
Menurut beliau, akan ada beberapa lagi drama yang bakal menyusul menjelang tahun 2016 buat tontonan peminat.

Mira Filzah juga tercalon di dalam Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baharu Meletop dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH) sebagai Artis Baharu Popular.

Pautan Sumber: mysumber.com
0 Komentar untuk "Biodata Mira Filzah "

Back To Top